Wednesday, August 28, 2013

Kasih Allah Tak Terhitung Dalamnya.

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum...

Cintakan Bunga..Bunga akan layu
cintakan duit..duit akan habis
cintakan harta benda..kelak akan musnah
cinta manusia..manusia akan mati..

cintakan Allah, Cinta kekal selamanya..

kita selalu mengatakan yang cinta agung hanya cinta Allah..
tapi pernah kah kita hayati bait-bait kata tersebut..

"kasih saya pada awak, ibarat ombak yang tiada hentinya..."

kasihku padamu seterang matahari yang memancar....

cintaku terhadapmu sedalam lautan..

kasih ku padamu seluas hamparan gunung dan bukit bukau..

peh...

bila dilihat kembali..betapa dalam nya kasih kita pada manusia...

kadang-kadang sampai terlupa yang Allah itu ada....

Astaghfirullahalazim...

sedalam mana pun kasih kita pada Allah..dalam lagi kasih Allah pada hambaNya..tak terhitung betapa besar kasihNya..tak terjangkau dek akal dan fikiran..

Bukti Kasih Allah

  1. Nikmat Udara tanpa bayaran..
  •    cuba hitung dalam sehari..berapa kali kita bernafas? kita sendiri tak boleh hitung kan? terlalu banyak    tak terkira. dan cuba bayangkan lagi andai setiap kali kita bernafas.. Allah kenakan bayaran.. apa        yang akan akan berlaku pada kita? *takkan ada orang yang kaya di dunia ini.

    2.  Nikmat Malam dan Siang

  • cuba bayangkan sekali lagi andai hidup kita, hari kita hanya ada satu sesi ja..malam jer..ataupun siang ja. Allah menciptakan siang untuk manusia bertebaran mencari rezeki. Allah menciptakan malam pula untuk manusia berehat. apa akan jadi andai percaturan malam dan siang itu tidak betul..misahnya 3 hari siang..dan 4 hari malam? sudah tentu hidup kita sendiri akan kucar kacir kan?



  • cantik kan aturan malam dan siang? semuanya Allah dah tentukan.. matahari dan bulan patuh kepada perintah Allah..matahari terbit pada jam yang ditetapkan beredar pada paksinya dan pabila senja menjelang tugas bulan pula mengambil alih..cantik kan perancangan Allah?


   3.  Limpahan Rezeki

  • Allah tidak kedekut dan tidak zalim dalam memberi rezeki. Allah memberi kurniaan rezeki dalam pelbagai bentuk. antaranya rezeki dalam perniagaan atau jual beli.. selain itu rezeki dalam erti kata kurniaan anak..lagi..rezeki dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. rezeki menang tender.. rezeki lautan.. rezeki dalam bentuk makanan. Allah menyatakan tiada rezeki yang datang tanpa usaha. berusaha sehabis baik akan ada rezeki yang Allah beri pada kita.
bila menyatakan bukti kasih sayang Allah..rasanya ada lagi banyak sangat.. yang dinyatakan di sini antara yang terpenting..ada lagi banyak bukti kasih sayang Allah.

sesungguhnya sahabatku..tiada istilah keseorangan dalam dunia ini..Allah sentiasa bersama kita.. kita sahaja yang selalu tinggalkan Allah.. Ya Allah...Astaghfirullahalazim..

jangan pernah rasa sedih..jangan pernah rasa sunyi..Allah sentiasa bersama kita..

Sayangilah Allah yang menyayangi kita...

Wo ai Allah..

saya sayang Allah

ana uhibbullah...

kalau cintakan manusia...boleh kah manusia beri nikmat setanding yang Allah berikan????

*ada jawapan untuk soalan ini??

errr............. error.. tiada jawapan...

jadi?

sayangi lah manusia..tidak melebihi cinta kasih pada Allah..

it that clear enough?

urmm....... noted! Kasih Allah..kekal selamanya...